KUANTAN: Seorang lelaki warga Syria yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes memiliki senjata api palsu meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Othman Nanyan berkata suspek berusia 22 tahun itu disahkan meninggal dunia pada 5.55 pagi, selepas dimasukkan ke hospital itu sejak 3 Nov lepas.

“Suspek ditahan pada 2 Nov lalu di Jalan Beserah di sini dan mengadu tidak sihat semasa ditahan menyebabkan dia dibawa ke HTAA. Setakat ini, kami masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui sebab kematian.

“Suspek dipercayai masuk ke negara ini untuk menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan hari ini.

Othman berkata setakat ini, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Previous articleHonour promise on autonomy over education and health, Sarawak tells PH
Next articleEU threatens to pull Cambodia’s trade benefits over human rights issues