SKUAD Bawah 18 tahun negara meneruskan rentak cemerlang kempen Kelayakan Kejuaraan Bawah 19 Tahun AFF 2020 apabila membenam cabaran Brunei 11-0 di Stadium Olimpik Nasional di Phnom Penh, Kemboja sebentar tadi.

Penyerang negara, Luqman Hakim tampil meledak empat gol bermula dengan penalti pada minit ke-21′, 22,’ 24’ dan 41’ diikuti hatrik Aiman Afif (39’ 85’ 90′) dan dua jaringan

Azam Azmi (31’, 60′).

Azrin Afiq (17’) dan Harith Haiqal (59′) tidak ketinggalan mencetak nama sebagai penjaring untuk kemenangan kedua negara selepas menang tipis 5-4 ke atas tuan rumah Kemboja pada Sabtu lalu.

Skuad kendalian Brad Maloney yang mengumpul enam mata selepas dua perlawanan akan berdepan Kepulauan Mariana Utara pada Jumaat sebelum melengkapkan jadual kumpulan G menentang Thailand pada Ahad.