Raja Permaisuri Agong berbual dengan Siti Nurhaliza Tarudin di pembukaan pusat kesuburan.

PETALING JAYA: Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini bercakap mengenai dugaan dan kesengsaraan untuk mengandung.

Di pelancaran pusat kesuburan Alpha IVF & Women’s Specialists hari ini, Tunku Azizah bercerita mengenai pengalaman 10 tahunnya mengandung empat anak menerusi persenyawaan in vitro (IVF) dan pelabgai rawatan kesuburan lain.

“Saya tak malu untuk beritahu dan berkongsi dengan dunia semua masalah dan kesusahan yang saya alami untuk mengandung,” katanya.

“Anda inginkan seorang anak dan hadapi dunia yang bertanya bila anda akan dapat anak. Anda perlu tanggung stigma di mana wanita selalu dipersalahkan. Sekarang sekurang-kurangnya ada kesamaaan gender yang mana lelaki juga dipersalahkan.”

Tunku Azizah berkata kadar kejayaan rawatan IVF ketika itu amat rendah.

“Sekarang ada harapan. Dulu kadar kejayaan hanya 20%.”

Pengasas Alpha IVF Group, Dr Colin Lee berkata, harga rawatan berbeza-beza mengikut keperluan.

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama kanak-kanak semasa pembukaan pusat kesuburan Alpha IVF & Women’s Specialists.

“Kunjungan pertama RM100 atau RM200 dan bayaran bergantung pada kerumitan.

“Sesetengahnya hanya perlu tablet kesuburan dan kosnya sekitar RM60.

“Mereka yang memerlukan rawatan yang lebih rumit seperti IVF perlu membayar lebih banyak, antara RM14,000 hingga RM30,000.”

Beliau berkata kejayaan rawatan juga bergantung pada usia wanita berkenaan.

“Kalau seorang wanita berusia 35 dan ke bawah, bagi satu sesi rawatan IVF, mereka boleh jangkakan peluang mengandung 60% hingga 70%.

“Kalau seorang wanita di usia lewat 30-an, bagi satu sesi rawatan IVF, peluang mengandung akan rendah sedikit kepada 50%.”