LONDON: Polis Britain mengumumkan senarai nama 39 rakyat Vietnam, termasuk tiga kanak-kanak lelaki, yang ditemui mati di dalam trak berhampiran London, bulan lalu, dan proses penghantaran mayat sedang diuruskan dengan kerjasama Hanoi.

“Ia adalah satu proses yang amat penting dan pasukan kami bekerja keras untuk mencari jawapan bagi meredakan keresahan keluarga mereka, yang khuatir orang tersayang adalah salah seorang daripada mangsa kejadian tragik ini,” kata Timbalan Ketua Konstabel Polis Essex, Tim Smith.

Pada 23 Oktober lalu, pihak berkuasa menemui mayat 31 lelaki dan lapan wanita di dalam kontena trak di kawasan perindustrian Grays, Essex, tidak jauh dari limbungan di Sungai Thames.

Pemandu lori terbabit sudah didakwa atas 39 tuduhan membunuh, konspirasi pemerdagangan manusia dan penggubahan wang haram.

Polis Vietnam turut menahan 10 individu yang dipercayai terbabit dalam kejadian berkenaan. – Reuters