KUALA LUMPUR – Pizza Hut Malaysia memperkenalkan piza edisi terhad baharunya, Black Volcano Pizza yang boleh didapati mulai semalam hingga 31 Disember 2019, menerusi lebih 400 cawangan di seluruh negara.

Ketua Pegawai Pemasarannya, Jean Ler berkata, piza tersebut merupakan adunan piza berwarna hitam yang pertama di Malaysia.

“Selama 37 tahun beroperasi di Malaysia, Pizza Hut Malaysia sentiasa memberi tumpuan kepada generasi muda.

“Oleh itu, kami perlu mempunyai lebih banyak inovasi dalam produk kami,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran Black Volcano Pizza di sini semalam.

Menurut Jean, setiap proses penyelidikan dan pembangunan piza baharu akan mengambil masa lebih sembilan bulan untuk disiapkan.

“Lebih banyak produk inovatif akan diperkenalkan pada masa depan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.