MYDIN sebagai sebuah pasar raya pilihan rakyat Malaysia membeli-belah terus memberi penghargaan kepada pelanggan setia yang sentiasa menyokong MYDIN.

Sejajar dengan saranan kerajaan dalam membantu rakyat mengurangkan beban kos sara hidup, MYDIN kembali mengadakan jualan gudang buat kali kedua pada tahun ini yang akan diadakan secara besar-besaran dan melibatkan pelbagai jenis barang keperluan.

Dengan konsep #kasisampailicin, JUALAN GUDANG MYDIN 2019 diadakan di enam Pasar Raya MYDIN terpilih di seluruh negara iaitu MYDIN USJ, SUBANG JAYA, SELANGOR, MYDIN SEREMBAN 2, NEGERI SEMBILAN, MYDIN GONG BADAK, TERENGGANU, MYDIN MITC, MELAKA, MYDIN MUTIARA RINI, JOHOR DAN MYDIN MERU RAYA, PERAK.

Jualan gudang MYDIN ini akan bermula pada 1 hingga 10 November 2019 dari jam 9 pagi hingga jam 10 malam.

Inisiatif ini akan memberi peluang kepada pelanggan MYDIN untuk merancang perbelanjaan mereka dengan berbelanja secara bijak dan berhemah. Pelanggan dan pengguna diseru mengambil peluang ini.

Antara barang yang dijangka akan menjadi rebutan 300 pelanggan terawal adalah barangan keperluan makanan seperti beras dan minyak masak serendah RM10, mi segera serendah RM1.00 dan pelbagai lagi.

Barangan elektronik dan dapur juga turut dijual seperti cerek jag berharga serendah RM10 dan sterika bermula dengan harga serendah RM20 serta set kuali memasak serendah RM10.

Barangan berbeza yang akan ditetapkan setiap hari adalah sebagai tarikan jualan sepanjang dua minggu ini.

Pelbagai barangan lain akan turut terlibat dalam jualan gudang ini bagi mencapai objektif untuk menghabiskan segala barangan yang akan dijual di jualan gudang ini.

MYDIN optimis jualan gudang ini merupakan platform terbaikbagi menghargai pelanggan setia dan pengguna serta membantu meringankan kos perbelanjaan rakyat Malaysia.

Justeru, jangan lupa temu janji bersama Jualan Gudang MYDIN #kasisampailicin, 1 hingga 10 November ini.